5 Tips Kesihatan Bagi Designer

5 Tips Kesihatan Bagi Designer

Bukan pilihan kerjaya yang salah memilih untuk menjadi seorang Graphic Designer / Multimedia Designer. Rutin harian duduk di kerusi anda dengan laptop di pangkuan anda atau pun desktop di atas meja inspirasi  di pejabat / rumah anda merupakan sesuatu yang membosankan adakalanya. Dan apabila anda tiada idea atau kurang inspirasi tatkala deadline sesuatu job itu keesokan paginya, ini lah waktu yang paling ditakuti bagi golongan pemikir kreatif seperti kita. Kesihatan? Selalunya, tolak tepi dulu lah kan? Ya.

Dalam pada kita bekerja dengan fokus dan bertungkus-lumus itu, kesihatan harus lah dijaga bagi memastikan mutu kerja yang bakal dihasilkan terjaga dan kita tidak mendapat sebarang sakit yang tidak diingini yang bakal mengganggu rutin harian kita dan komitmen terhadap kerjaya super duper marvelous kita ni kan? Jadi, lakukan sesuatu!

Ini adalah beberapa tips kesihatan berdasarkan pengalaman saya :


Tips kesihatan

  • Jangan tunggu deadline! Biar deadline yang menunggu anda. Kenapa? Ini kerana, apabila anda menangguh sesuatu tugasan, anda tidak dapat berfikir dan melakukan kerja anda dengan 100% komitmen. Tergesa-gesa merupakan kunci kepada kesalahan dan kesilapan. Berikan diri anda masa untuk berfikir dan ruang bagi menyemak semula sesuatu tugasan dan melakukan penelitian terakhir sebelum di hantar pada hari deadline. Produktiviti yang berkualiti mengurangkan kadar pengulangan kerja.

 

  • Jangan merokok di sebelah komputer anda! Jika anda merokok, keluar dari ruang kerja anda dan cari kawasan yang lebih sesuai. Kitaran udara yang tidak bagus diruang kerja anda akan membuatkan anda kurang selesa.

 

  • Tukar rutin sehari-hari anda. Pergi ke tempat anda belum pernah pergi. Saya membaca beberapa kajian yang berkaitan dengan sindrom neuron F5 (refresh otak manusia). Anda akan terkongkong didalam rutin harian anda setiap hari, oleh itu anda perlu utk refresh kan minda bagi mengelakkan depresi dan kebuntuan inspirasi. Jadi, ubah rutin harian anda sekali-skala. Jika anda berkeja dari 9 – 5 ptg, anda mempunyai 16 jam lagi masa untuk refreshkan diri anda dengan  berjalan, melihat alam sekitar, membaca akhbar atau buku yang bukan dari skop designing, menonton filem, melepak bersama kawan, bermain PES, atau bersama keluarga atau orang yang anda cintai. Kombinasikan ini dengan cara yang anda suka. Refreshkan diri anda.

 

  • Wallpaper. Tukar wallpaper desktop, mac atau laptop anda kepada warna yang lebih gelap. Ini kerana, cahaya yang terang dikeluarkan oleh screen anda boleh menyebabkan mata anda kering dan letih. Dengan berkerja menggunakan software yang majoriti interface nya berwarna putih (cerah), 80% dari masa anda dihadapan screen terdedah dengan cahaya yang terang. Ini tidak bagus! Merosakkan mata. Dengan adanya desktop wallpaper yang berwarna gelap, anda dapat merehatkan mata anda tatkala sedang berhenti seketika dari proses designing anda.

 

  • Regangan. Lakukan regangan mudah untuk otot-otot tangan, kaki, mata dan badan anda. 10 minit untuk setiap 2 jam. Dan jika mempunyai waktu lapang, gunakan untuk bersukan dan beriadah bersama kawan-kawan.

 

Jika anda mempunyai tips-tips lain yang  boleh dikongsi atau pun pengalaman anda , tinggalkan komen anda dibawah ini ya! ?

Diskaun 50% Buku Terpilih

avatar

About The Author

OhCetak.com telah menulis 20 artikel di OhCetak.com.

Related posts:

Perbezaan Adobe Illustrator & Adobe Photoshop
Tutorial : How to Create 3D Logo in Adobe Illustrator
10 Useful Printing Tips For Graphic Designers

4 Responses to “5 Tips Kesihatan Bagi Designer”

  1. mohamadSaleh:

    alhamdulillah… info yg sangat berguna utk saya. Saya suka dengan design web nie… design sendiri?

    • OhCetak.com:

      Terima Kasih Mohamad Saleh.

      Yup 🙂

  2. Hanif:

    Info yang sangat berguna 🙂
    Terima kasih kerana share dan publish untuk tatapa semua designer.

    • OhCetak.com:

      Terima Kasih 🙂