Perbezaan Adobe Illustrator & ...

Perbezaan Adobe Illustrator & Adobe Photoshop

” Saya nak try design tshirt sendiri, first skali, saya nk kene pakai software apa eh bang? “

Inii satu daripada soalan-soalan yg selalu saya dapat bila ada Customer yang ada initiatif untuk design tempahan sendiri. Kebanyakan tak berapa faham kenapa saya cakap design t-shirt tak boleh pakai photoshop. (mengikut teknik percetakan yg biasa digunakan di Malaysia, tapi 2015 ini dah variety teknik baru yang dah ada) Artwork yg dihasil kan menggunakan Illustrator di panggil Vector Image. Photoshop pula dipanggil Raster Image. Ape benda tu eh? Secara senang fahamnya, Vector Image ni kalau di besar kecikkan saiznya, dia tak pecah-pecah. Raster Image pula kalau buat mcm tu dia image dia akan pecah-pecah. Saya rasa anda faham. kan?

 

Okay, ada satu artikel menarik saya ambil dari azmanzainal.com untuk u guys semua boleh lagi faham. Thank you dekat writer dia sbb writing this kind of article. Entry yg menarik. Biasanya dpt dalam English je, ni dah dalam Bahasa uutuk lebih mudah faham. So, jom teruskan!

_______________________________________________________________________

Ada yang bertanya pada saya apakah bezanya vector dan raster image? Atau ada juga yang bertanya adakah Photoshop dan Illustrator berbeza? Jawapannya, ya! Sudah pastinya berbeza.

 

Sebelum kita pergi lagi lanjut, biarlah saya menerangkan apakah definisi kedua-dua jenis image tersebut.

 

Imej Vector

 

Definisi Vector

Images defined by sets of straight lines, defined by the locations of the end points. At larger magnifications, curves may appear jagged. This condition is call aliasing. 

 

Vector adalah satu jenis image yang terbentuk daripada koleksi garisan dan lengkongan yang bersambung antara satu sama lain.

 

Kesemua garisan-garisan tersebut terhasil daripada pengiraan matematik dan memerlukan software grafik tertentu untuk menghasilkannya. Resolution vector image tidak terbatas kepada penggunaan pixel kerana ianya adalah dari hasil pengiraan matematik seperti yang saya terangkan.

 

Image vector ini tidak akan pecah sekiranya ia dibesarkan dan tidak pula mengalami kehilangan kualiti. Penggunaan vector image adalah sesuai bagi menghasilkan imej seperti:-
  1. Logo
  2. Animasi
  3. Kartun
  4. Clip art
  5. Button
  6. Dan lain-lain
Kebanyakkan designer menggunakan software grafik yang terkenal untuk menghasilkan vector image di antaranya:-
  1. Adobe Illustrator
  2. Corel Draw
  3. AutoCAD
  4. Macromedia/Adobe Flash
  5. Macromedia FreeHand
Setiap software tersebut mempunyai keistimewaan berbeza bergantung kepada imej yang ingin dibuat. Seperti contoh untuk web design penggunaan Adobe Illustrator adalah popular dikalangan web grafik designer manakala penggunaan AutoCAD adalah popular dikalangan Arkitek dan Interior Designer.

 

Anda pasti pernah melihat imej-imej Flash yang mana apabila anda cuba untuk Zoom In kan dia kelihatan tidak langsung imej tersebut pecah. Itulah contoh imej vektor yang saya maksudkan. Antara file-file imej yang disavekan di dalam vector adalah .eps, .ai, dan .swf.

 

Imej Raster

Definisi Raster

A graphic image stored as a specific arrangement of screen dots, or pixels. Web graphics are bitmap images. A graphic which is defined by specifying the colors of dots or pixels which make up the picture. Common types of bitmap graphics are GIF, JPEG and TIFF.

Raster imej tertakluk kepada dot per inch atau dot per pixel. Ini bermakna sekiranya anda cuba untuk besarkan saiz imej tersebut maka petak-petak imej akan kelihatan dan kualiti juga berkurangan. Imej-imej raster adalah kebiasaan yang anda selalu lihat seperti Jpg, Gif, PNG, Bitmap dan lain-lain.

 

 

Imej-imej ini selalunya tidak bertujuan “direka wujudkan” tetapi selalunya digunakan untuk manipulasi menggunakan software-sofware seperti:-
  1. Adobe Photoshop
  2. Windows Paint
  3. Corel Photo Paint
  4. Macromedia Fireworks
  5. Dan lain-lain
Tentu anda confuse mengapa sebelum ini saya mengatakan Adobe Illustrator popular digunakan oleh web designer sedangkan ianya adalah untuk me-reka imej vector dan bagaimana pula boleh dibuat imej bagi web?

 

Ya, jawapannya sudah tentu boleh kerana file-file imej vector tersebut kemudiannya akan diconvert menjadi raster dengan anda savekan filenya dalam bentuk jpg gif png dan lain-lain.

 

Setakat ini artikel ringkas saya mengenai vector dan raster. Sekiranya ia tidak mencukupi atau anda mempunyai soalan atau cadangan atau pembetulan, silalah kemukakan di ruangan komen artikel ini untuk dikongsi bersama.
avatar

About The Author

OhCetak.com telah menulis 20 artikel di OhCetak.com.

Related posts:

Tips Bekerja Sebagai Freelance Designer : Part 1 : Mulut Ke Mulut
Tutorial : How to Create Halftone Image in Photoshop For Shirt Printing
10 Useful Printing Tips For Graphic Designers

5 Responses to “Perbezaan Adobe Illustrator & Adobe Photoshop”

  1. miszati:

    ohh.baru faham.lame dah kot carik pasal perbezaan ni.anyway,tima kasih.:)

    • OhCetak.com:

      🙂 Sama-sama.

  2. !LYAN!:

    emm..
    klau camtu better gune software yg mne utk design t-shirt..?
    n kad nama?
    maaf..baru nak belajar..
    harap dapat membantu..
    terima kasih 😀

    • OhCetak.com:

      Untuk T-Shirt, gunaka Adobe Illustrator.

      Kalau Name Card, Guna Photoshop dan Illustrator pun boleh.

      🙂

  3. 5zal:

    thq for info..kalau design kita nk buat tu untuk di print guna adobe IIIlustratur kn..? bru belajar ..patut laa guna photoshop bila print lain jadinya..