Tips Bekerja Sebagai Freelance Desi ...

Tips Bekerja Sebagai Freelance Designer : Part 1 : Mulut Ke Mulut

Dianggarkan bahawa 80% daripada semua perniagaan berasaskan grafik design mahupun fotografi dikenali melalui cara mulut ke mulut. Bagi seorang freelancer pula, jumlah peratusannya mungkin lebih tinggi. Tetapi, kebanyakan daripada kita berfikiran seperti ini bila kita buat kerja bagus, servis kita bagus, orang ramai akan nampak/sebarkan dan tahu tentang kewujudan perniagaan yang kita lakukan’. Tetapi bagaimana jika orang ramai itu tidak bersifat proaktif untuk bercakap mengenai sesebuah bisnes bagus yang mereka pernah temui seperti bisnes yang anda lakukan? Ya, terma ‘mulut ke mulut’ tidak berlaku disini.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan? Menghantar email atau newsletter harian ataupun mingguan bagi memberitahu perkembangan terkini, promosi dan apa jua berita dari perniagaan anda. Permudahkan juga urusan bagi pelanggan anda untuk menghubungi anda seperti menyediakan bisnes card, brochure, fliers dan sebagainya atau pun, tinggalkan link ke website anda di dalam rangkaian sosial anda juga merupakan cara yang berkesan bagi melebarkan perniagaan anda.

Melalui pengalaman yang saya lalui sepanjang berada di dalam Street Signal sehingga ke Oh! Cetak.com ini, dengan menumpukan lebih perhatian kepada pelanggan yang regular (pelanggan yang berasa selesa berurusan dan mengikuti perkembangan tentang perniagaan saya) , saya dapati mereka inilah yang banyak membantu dalam menghebahkan perniagaan saya kepada rakan-rakan dan juga orang disekeliling mereka. Business it’s all about building a great relationship. 🙂

Anda juga boleh menggunakan lingkaran sosial anda sebagai salah satu lagi cara mengembangkan perniagaan anda. Keluarga anda dan rakan-rakan juga merupakan sumber yang terbaik yang anda boleh gunakan. Tetapi, pastikan mereka betul-betul memahami perniagaan yang anda jalankan, kecenderungan perniagaan anda dan servis yang anda lakukan. Spesifik kan informasi perniagaan anda secara jelas bagi memudahkan mereka menyampaikan tentang perniagaan anda kepada orang-orang disekeliling mereka. Lebih spesifik yang anda jelaskan, lebih mudah untuk bisnes anda dihebahkan, dan pastinya lebih banyak pelanggan baru yang akan mula menghubungi anda. Senang bukan?

Ini antara tips tambahan:

    • Buat bisnes card yang menarik perhatian. Bisnes card yang menarik perhatian pelanggan boleh membuatkan pelanggan anda melihatnya berkali-kali dan selalu bercakap mengenainya.

 

    • Menghargai. Selalu berterima kasih kepada mereka yang telah me’rekomend’kan anda kepada rakan-rakan mereka. Tuliskan email peribadi atau pun komen di laman sosial mereka sebagai tanda penghargaan anda kepada mereka kerana membantu anda secara tidak langsung. Lebih bagus jika sesuatu ‘perkataan’ yang kuat maksudnya. Anda faham bukan?

 

Cubalah! Saya pasti, anda boleh berjaya seperti saya! Jika anda mempunyai tips-tips tambahan atau pun pengalaman anda sebagai seorang freelance artist untuk dikongsikan bersama, tinggalkan komen anda dibawah ini ya!

Nantikan Tips Bekerja Sebagai Freelance Designer : Part 2


avatar

About The Author

OhCetak.com telah menulis 20 artikel di OhCetak.com.

Related posts:

Tutorial : Create Vector Swirls, Swooshes, and Florals in Illustrator
Tutorial : How to Create 3D Logo in Adobe Illustrator
Printing Tips : What is Aqueous Coating?

Comments are closed.